fbpx

Kaji pembukaan sempadan laut Kuala Perlis-Satun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KANGAR – Kerajaan Negeri Perlis dicadangkan supaya meneliti pembukaan semula pintu sempadan laut Malaysia-Thailand di Kuala Perlis bagi merancakkan sektor pelancongan dan ekonomi negeri itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Perlis, Abu Bakar Hamzah berkata, pembukaan semula pintu sempadan antarabangsa itu dilihat sebagai faktor pemangkin dalam memperkasakan sektor pelancongan.

“Jarak Kuala Perlis ke wilayah Satun hanya 10 hingga 15 minit sahaja mengikut laluan laut dan lebih dekat berbanding Wang Kelian, namun sayang pintu sempadan itu ditutup,” katanya ketika ditemui selepas membahaskan usul Bajet 2023 di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis di sini hari ini.

Beliau berkata, hasil kajian tersebut kemudian dibawa kepada kerajaan pusat untuk penilaian.

Abu Bakar pada masa sama berharap pos Jabatan Imigresen Malaysia Kuala Perlis dibuka semula bagi memudahkan proses dokumentasi perjalanan antarabangsa untuk kemasukan pelancong luar dan pekerja asing dalam sektor perikanan.

“Pengoperasian pos imigresen itu mampu membantu mengembalikan semula sektor perikanan Kuala Perlis yang pernah menjadi pusat pendaratan ikan terbesar negara suatu ketika dahulu,” ujarnya.

Selain itu, beliau turut mencadangkan agar diwujudkan perkhidmatan kapal persiaran antarabangsa Kuala Perlis-Pak Bara-Koh Lipe dalam usaha menaik taraf sektor pelancongan Perlis.

Katanya, terdapat beberapa pengusaha telah menyatakan minat dan hasrat untuk menjadi operator perkhidmatan itu sekiranya perkara itu menjadi realiti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI