fbpx

Hubungan KBS, MOM sudah kembali jernih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HANNAH (tengah) merasmikan Mesyuarat Ahli Lembaga Eksekutif MOM di Akademi Badminton Malaysia, Bukit Kiara semalam.

MENTERI Belia dan Sukan, Hannah Yeoh memberi jaminan hubungan antara Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) sudah kembali pulih seperti biasa selain terbuka untuk bekerjasama.

Hannah menjelaskan, ke­pimpinan baharu badan induk sukan negara itu memiliki objektif yang sama dengan MOM dalam memperjuangkan nasib atlet selain memastikan kecemerlangan sukan negara.

Terdahulu, arena sukan negara sedikit kecoh apabila Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim membuat kenyataan kurang me­nyenangkan sehingga mengguris perasaan beberapa Persatuan Sukan Kebangsaan (NSA).

“Saya telah pun meluahkan hasrat saya sebagai Menteri Belia dan Sukan dan saya juga telah mendengar ucapan Tan Sri (Mohamad Norza Zakaria), sebenar­nya apa yang kita mahukan adalah sama.

“Kedua-dua entiti (MOM dan KBS) perjuangkan isu sama, jadi lebih baik kita bekerjasama untuk bangunkan bersama. Sebenarnya tiada masalah antara kami,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Ahli Lembaga Eksekutif MOM di Akademi Badminton Malaysia, Bukit Kiara semalam.

Pada masa sama, beliau berkata, peruntukan untuk sukan negara bagi tahun depan hanya akan diketahui selepas bajet selesai dibentangkan dalam Dewan Rakyat.

“Saya tak boleh katakan semua akan dikekalkan kerana bajet itu masih di peringkat Parlimen dan belum diluluskan. Mungkin ada peningkatan atau pengurangan, tetapi secara keseluruhan kita tidak mahu peruntukan itu ba­nyak terjejas,” ujar Hannah.

Sementara itu, Mohamad Norza yang juga Presiden MOM memberitahu, Majlis Eksekutif MOM sudah meluluskan cada­ngan supaya diwujudkan Tabung Pendidikan Atlet MOM bagi membantu atlet menyambung pengajian.

“Cadangan Lembaga Eksekutif MOM untuk mewujudkan Tabung Pendidikan Atlet MOM bermula 2023 bagi menyediakan bantuan kewangan kepada atlet terpilih memburu segulung ijazah sudah diluluskan hari ini (semalam).

“Butiran terperinci termasuk mekanisme, kriteria dan kertas kerja tabung ini diperincikan oleh Pengurusan MOM untuk kelulusan Lembaga Eksekutif MOM dan dilancarkan awal tahun 2023 nanti,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI