fbpx

Piala Dunia Qatar 2022 pentas terakhir pemain bintang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMERGIAN Messi dari Kota Paris memberikan tamparan hebat kepada PSG yang sudah merasai berat kehilangan superstar itu dengan kehilangan pengikut di Instagram kelab.

TIRAI kempen Piala Dunia 2022 di Qatar secara rasmi sudah ditutup semalam dan seluruh dunia sudah pun mengetahui bahawa gelaran juara menjadi milik Argentina selepas kejayaan menewaskan Perancis pada perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Lusail.

Pelbagai kejutan telah mewarnai kejohanan kali ini termasuk kekalahan beberapa pasukan pilihan antaranya Jerman, Sepanyol, Brazil, England serta kejutan yang dilakar Maghribi menjadikannya salah satu edisi pertandingan yang harus diingati oleh peminat di seluruh dunia.

Bagaimanapun, Piala Dunia kali ini juga mungkin menjadi pentas terakhir buat beberapa pemain yang bergelar bintang yang sudah mewarnai dunia bola sepak sejak 10 hingga 15 tahun lalu kerana edisi berikutnya pada 2026 hampir pasti tanpa kelibat mereka kerana faktor usia.

Kapten Argentina, Lionel Messi yang sudah meng­injak ke usia 35 tahun sedar bahawa ini adalah penampilan kali terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij di dunia itu.

Dia sudah menyertai skuad Argentina sejak Piala Dunia 2006, namun Qatar yang menjadi penampilan kelima dan terakhir memberikan detik istimewa apabila muncul penjaring terbanyak sepanjang zaman La Albicelestememintas pencapaian Gabriel Batistuta.

Selain itu, impiannya untuk menjulang trofi Piala Dunia tertunai sudah sekali gus menjadikannya pemain terbaik sepanjang zaman selepas meraih hampir kesemua anugerah dan trofi yang dipertandingkan.

Seteru utama Messi, Cristiano Ronaldo juga semakin hampir menemui titik nokhtah dalam saingan pentas antarabangsa selepas saingan di Qatar kerana faktor usia yang dilihat benar-benar membuatkan keinginannya terus meledak jaringan menjadi terbatas.

Dalam 22 penampilan di Piala Dunia, Ronaldo sudah meledak lapan gol, tetapi masih ketinggalan satu gol berbanding penjaring terbanyak sepanjang zaman Portugal, Eusebio, namun masih menjadikannya sebagai satu-satunya penjaring dalam aksi Piala Dunia sejak lima edisi sebelum ini selepas meledak gol bertemu Ghana kali ini.

Ronaldo memulakan debut Piala Dunia ketika menentang Angola di Piala Dunia Jerman 2006 dan gol pertamanya di pentas tersebut ketika Portugal menewaskan Iran 2-0 menerusi sepakan penalti sekali gus menjadi pemain termuda negara itu yang meledak gol pada usia 21 tahun 132 hari.

Selain itu, Piala Dunia Qatar juga bakal menjadi pentas terakhir buat pemain yang dianggap sebagai hero yang tidak didendang dalam bola sepak dunia, Luka Modric yang merupakan nadi utama Croatia.

Pada usia 37 tahun ketika ini, hampir mustahil untuk Modric membuat kemunculan pada edisi 2026, malah dia dijangka mengumumkan persaraannya selepas Euro 2024 di Jerman nanti atau mungkin lebih awal.

Bagi penggempur Poland, Robert Lewandow­ski, Piala Dunia Qatar memberikan kepuasan yang cukup maksimum kerana misinya untuk membuka akaun gol di Piala Dunia tercapai selepas meledak dua gol dalam tujuh aksi termasuk tiga perlawanan pada edisi di Russia dan empat perlawanan di Qatar sekali gus memboleh­kannya bersara dengan tenang ketika dia berusia 34 tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI