fbpx

ATM mahu semua berganding bahu atasi kelemahan siber

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd Asghar Khan meninjau pertandingan I-Hack yang sedang berlangsung di Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia(ATM), Kuala Lumpur, hari ini. -Foto FAIZ ALIF AHMAD ZUBIR

KUALA LUMPUR – Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Mohd. Asghar Khan Goriman Khan menyifatkan agenda keselamatan siber negara dipertanggungjawabkan kepada semua masyarakat dan bukan hanya pada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) atau agensi berkaitan.

Bagaimanapun jelas Mohd. Asghar, hanya dengan kerjasama daripada pelbagai pihak sahaja dapat membangunkan pengetahuan serta pertingkat kesedaran tentang domain siber kepada rakyat.

“Bukan itu sahaja, pihak kerajaan juga boleh merancang pelan-pelan tertentu serta bergerak kehadapan dalam memastikan keselamatan ekosistem siber negara releven, serta mampu meramalkan ancaman.

“Penting juga semua agensi siber bersatu dan berganding melalui pendekatan Whole of Government of Whole of Society (WoGoS) dalam memastikan kemampanan keselamatan siber,” kata beliau.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Siber Siaga 2022 mewakili Panglima Angkatan Tentera,Jeneral Tan Sri Affendi Buang, di Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia(ATM), di sini, hari ini.

Turut hadir sama, Ketua Staf Markas ATM, Jeneral Datuk Arman Rumaizi Ahmad, Panglima Angkatan Bersama, Jeneral Datuk Noor Mohamad Akmar Mohd Dom dan Timbalan Ketua Setiausaha (dasar), Ahmad Nadzri Mohd Hassan.

Mengulas lanjut berkenaan bakat anak tempatan, Mohd. Asghar komited mencungkil bakat mereka menerusi pertandingan I-Hack melibatkan pelajar universiti tempatan bagi mengasah bakat mereka dalam ketenteraan dan mengurangkan kebergantungan daripada pihak luar.

Pertandingan itu menguji kecekapan peserta untuk menggodam serta mempertahankan sistem komputer. Seramai 222 peserta daripada 74 pasukan yang terdiri daripada Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) menyertainya. .

Tambah beliau, selain mengukuhkan bakat anak tempatan, pihak ATM melalui Bahagian Siber dan Elektromagnetik Pertahanan, turut membangunkan kriptografi buatan tempatan dengan kerjasama beberapa agensi.

Mohd. Asghar berkata, kriptografi itu dibangunkan melalui kerjasama Agensi Keselamatan Siber Negara (Nacsa), unit pemodenan tadbiran dan perancangan pengurusan malaysia (MAMPU), CyberSecurity Malaysia (CSM), bahagian industri Kementah, dan SCS Sdn Bhd.

“Kriptografi tempatan ini dikenali sebagai Armed Forces Dedicated Algorithm for Malaysia atau ADAM, dan telah melalui ujian dan berjaya mendapat pengiktirafan Malaysia Cryptograf Validating daripada CSM.

“Dengan adanya Adam ini, ia dapat mengurangkan kebergantungan ATM terhadap produk luar , menjadikan kredibiliti syarikat tempatan diangkat memperkasakan Industri Pertahanan Negara,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI