fbpx
GAMBAR HIASAN.

Kekejaman along sudah sampai ke tahap ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Mangsa ha­nya memohon pinjaman ribuan ringgit, namun tanpa disedari, sindiket along telah memasukkan wang sehingga RM100,000 ke dalam akaun bank mereka.

Itulah taktik terbaharu sin­di­ket along untuk memerangkap pe­­minjam, malah duit lebihan yang dikreditkan itu telah diambil semula selepas sindiket me-nguasai akses penuh sistem perbankan mangsa.

Taktik licik itu digunakan sin­diket semata-mata mahu mewujudkan rekod transaksi dalam akaun bank, seolah-olah mangsa telah menerima pinjaman dalam jumlah yang besar itu.

Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Hishamuddin Hashim berkata, lebih 10 peminjam telah menjadi mangsa penipuan taktik yang sama.

Katanya, sindiket berupaya me­lakukan semua itu selepas men­dapat akses penuh sistem perbankan yang diberikan mang­sa sebagai syarat untuk mendapatkan pinjaman.

“Sindiket telah meminta kad me­sin pengeluaran wang automatik (ATM) serta maklumat perbankan dalam talian daripada mang­sa,” katanya kepada Kosmo!.

Menurutnya, antara maklu­mat yang diminta termasuk na­ma pengguna dan kata laluan akaun perbankan dalam talian se­belum sindiket mengawal se­pe­nuhnya akaun mangsa.

“Selepas mendapat akses, me­re­ka akan memasukkan wang da­­lam jumlah besar seperti RM50,000 hingga RM100,000 ke da­lam akaun mangsa walaupun mangsa sebenarnya hanya me­mohon pinjaman kecil sekitar RM3,000.

“Bagaimanapun, selepas wang itu dimasukkan, mereka akan se­gera mengeluarkan semula wang berkenaan,” ujarnya.

HISHAMUDDIN

Katanya, apabila berlaku pertikaian, mereka akan menunjukkan re­kod transaksi wang pinjaman ratusan ribu ringgit yang pernah dimasukkan ke dalam akaun pe­minjam.

“Hakikatnya wang itu memang masuk ke dalam akaun, namun tidak sempat digunakan oleh pe­minjam kerana along telah me­ngeluarkannya semula,” katanya.

Menurutnya, terdapat kes akaun mangsa me­nun­­jukkan kemasukan wang se­­hingga RM70,000, walaupun mangsa sebenarnya hanya me­mohon pinjaman kecil.

“Kes seperti ini bukan satu atau dua kerana sejak tahun lalu hingga kini, MHO telah berjumpa lebih 10 mangsa yang datang mengadu mengenai taktik sama.

“Sindiket juga mengenakan kadar faedah melampau sehing­ga mangsa akhirnya terjerat da­lam beban hutang yang sukar dilunaskan,” katanya.

Hishamuddin berkata, sindi­ket along kini turut giat mempromosikan pinjaman melalui me­dia sosial terutama menjelang musim perayaan bagi menarik mangsa baharu yang memerlukan wang segera untuk sambutan Aidilfitri.

Justeru, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak menyerahkan kad ATM, kata laluan atau maklumat perbankan dalam talian kepada mana-mana pihak walaupun bagi tujuan mendapatkan pinjaman.

“Jika maklumat itu diserahkan, risikonya adalah pihak pemberi pinjaman boleh memanipulasi akaun peminjam,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN