fbpx

TNB siasat kejadian tiga beradik kena renjatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Tenaga Nasional Berhad (TNB) sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian renjatan elektrik yang meragut nyawa tiga beradik di Kampung Bendang Surau, Kelantan hari ini.

TNB dalam satu kenyataan berkata, siasatan itu dijalankan dengan kerjasama rapat Suruhanjaya Tenaga dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“TNB mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa. Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak menyebarkan sebarang gambar atau video kejadian ini dan membuat spekulasi.

“Beri ruang kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan dan menghormati perasaan serta sensitiviti keluarga mangsa,” katanya di sini hari ini.

TNB turut mengingatkan orang ramai agar tidak menghampiri atau menyentuh pepasangan elektrik yang ditenggelami banjir kerana dikhuatiri berlaku kebocoran arus.

“TNB akan memastikan keselamatan orang ramai sentiasa diutamakan, termasuk dengan memutuskan sementara bekalan elektrik ke kawasan yang ditenggelami air banjir atas faktor keselamatan.

“Penyambungan semula bekalan akan dibuat dengan kadar segera sebaik ia selamat dilakukan,” ujarnya.

Selain itu katanya, orang ramai disarankan untuk sentiasa menjaga keselamatan dan menghubungi talian 1-300-88-5454 bagi melaporkan pepasangan TNB yang berada dalam keadaan bahaya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI