fbpx

Tanah runtuh: Waris mangsa hilang tiba di lokasi kejadian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Waris mangsa yang masih hilang tiba di lokasi kejadian, di Jalan Batang Kali-Genting sekitar pukul 4.17 petang tadi.

HULU SELANGOR – Waris mangsa yang masih hilang dalam tragedi tanah runtuh di Jalan Batang Kali-Genting Highlands, merupakan yang pertama tiba di lokasi kejadian sejak hari pertama.

Salah seorang daripada empat waris yang tiba itu dipercayai merupakan anak kepada salah seorang daripada sembilan mangsa yang masih belum ditemui.

Kelihatan salah seorang wanita yang tiba juga tidak dapat menahan sebak dan sedih, apabila dilihat menangis ketika bercakap dengan pihak berkuasa.

Mereka kemudiannya diiring oleh anggota polis ke sebuah khemah sekitar pukul 4.17 petang.

Sehingga kini, mangsa maut masih kekal 24 orang daripada keseluruhan mangsa yang terlibat iaitu 94 orang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI