fbpx

Penduduk India keliru lihat UFO di langit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah objek terbang tidak dikenali tebang di langit India pada malam Khamis lalu. - The Sun

NEW DELHI – Sebuah objek terbang tidak dikenali (UFO) kelihatan terbang di langit India selama beberapa minit, lapor portal berita The Sun semalam.

Cahaya terang itu dilihat berlegar-legar di beberapa daerah di Bengal Barat, India petang Khamis lalu oleh sejumlah penduduk yang hairan menyaksikan fenomena sedemikian.

Rakaman luar biasa itu menunjukkan objek bercahaya di langit malam dan disiarkan menerusi beberapa klip video yang dikongsi di Twitter.

Beberapa peminat UFO tempatan mendakwa bahawa UFO itu ialah sebuah pesawat makhluk asing manakala yang lain menganggap ia adalah sebuah satelit.

“Ia sangat dekat. Bukankah ia kelihatan seperti UFO. Cahaya telah lenyap,” kata seorang penduduk.

Stesen televisyen India TV melaporkan objek itu kemungkinan sebuah peluru berpandu balistik antara benua dikenali sebagai Agni-5 yang mampu mencapai kelajuan sehingga 4,988 kilometer sejam. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI