fbpx

160 peserta sertai Kejohanan Golf Tourism Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Peserta-peserta bergambar ketika Kejohanan Golf Tourism Johor 2022 bermula di The Els Club Desaru Coast, Johor, yang diadakan pada 3 dan 4 Disember lalu.

PETALING JAYA – Seramai 160 peserta tempatan dan luar negara telah menyertai Kejohanan Golf Tourism Johor 2022 edisi kelima yang berlangsung di The Els Club Desaru Coast, Johor pada 3 dan 4 Disember lalu.

Presiden Persatuan Golf Tourism Johor (JGTA), Kolonel Mohd. Jamal Salleh berkata, penganjuran kali ini berjaya menarik minat pemain dari tujuh negara luar seperti AS, UK, Belanda, Perancis, Australia, Afrika Selatan dan Indonesia.

Malah jelasnya, kejohanan kali ini juga telah menarik minat lima peserta wanita dari Singapura yang membuat kemunculan kali pertama.

Mohd. Jamal berkata, JGTA sangat berbesar hati dengan kejayaan penganjuran pada edisi kali ini dan berterima kasih kepada rakan kongsi dan penaja selain penyertaan peserta tempatan dan luar negara yang memberi sokongan.

“Kejohanan kali ini menjadi bertambah rancak atas sokongan berterusan sekali gus menunjukkan industri pelancongan golf di Johor menjanjikan potensi yang besar pada masa depan.

“Kejohanan ini tidak akan berlangsung tanpa komitmen berterusan, sokongan dan penyertaan daripada Tourism Malaysia dan Tourism Johor serta rakan kongsi antaranya Weststar Technics, Maxus, The Els Club Desaru Coast, Desaru Coast, MST Golf, 360 Hospitality, Titoni, Cobra & Gutty, Tan Radio, Yakult, Petronas, Desaru Fruit Farm, Qul Holdings (M) dan banyak lagi.

“JGTA juga sangat menghargai sokongan dan bantuan diberikan pihak berkuasa tempatan Majlis Perbandaran Pengeran, Jabatan Kerja Raya (JKR) Kota Tinggi dan Pejabat Kesihatan Bandar Penawar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya lagi, JGTA ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim atas perkenan dan sokongan padu baginda yang berterusan terhadap kejohanan tersebut.

Sementara itu katanya, objektif utama kejohanan golf itu ialah untuk menyokong kempen Tourism Malaysia mengenai Cuti-Cuti Malaysia melalui acara golf dengan hasrat untuk merangsang industri pelancongan golf di Johor. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI