fbpx

Kerajaan negeri akan semak semula isu parkir di Batu Gajah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

IPOH – Kerajaan negeri akan menyemak semula dengan Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG) berkenaan isu parkir yang dikenakan bayaran pada hari Ahad dan cuti umum.

Isu tersebut telah mendapat tentangan daripada orang ramai selain menjadi topik hangat di media sosial komuniti di Batu Gajah.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perak, Sandrea Ng Shy Ching berkata, pihaknya akan melakukan semakan semula dan mencari jalan penyelasaian bagi isu ini.

“Kadar bayaran parkir memang telah diselaraskan di seluruh negeri Perak namun di peringkat daerah, pihak berkuasa tempatan (PBT) yang mempunyai kuasa.

“Ini kerana pihak berkuasa tempatan mempunyai undang-undang kecil mereka sendiri,” katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan Grab Driver Centre (GDC) Ipoh di sini hari ini.

Sandrea (kanan) bersama CEO Digital Perak, Meor Rezal Fitri Meor Redwan (kiri) dan Pengarah Operasi Outer Cities Grab Malaysia, Ben Chin (tengah) selepas melancarkan Grab Driver Centre (GDC) Ipoh hari ini.

Kata beliau, kebiasaannya pada hari Ahad dan cuti umum, pengguna tidak dikenakan bayaran parkir kenderaan di kawasan di bawah seliaan Majlis Daerah.

Sementara itu, Sandrea juga mengulas isu status penempatan penghuni Pangsapuri Waller Court yang menjadi faktor pembangunan semula kawasan itu.

“Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) juga sedang berusaha bersama pihak berkaitan untuk melihat cadangan bersesuaian bagi membangunkan semula pangsapuri berkenaan selain membuka tawaran kepada syarikat yang berminat.

“Pangsapuri itu mempunyai nilai nostalgia tersendiri jadi hasrat kerajaan negeri mahu tingkatkan komuniti secara menyeluruh bukan sahaja ada kediaman tetapi mempunyai nilai komersial serta perniagaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI