fbpx

Anwar yakin dapat sokongan usul undi percaya 19 Disember depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar pada sidang akhbar selepas mesyuarat kabinet di Perdana Putra di sini, hari ini.

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan keyakinan untuk mendapat sokongan daripada parti-parti di bawah Kerajaan Perpaduan dalam usul undi percaya di sidang Dewan Rakyat pada 19 Disember depan.

Anwar berkata, ketua-ketua parti daripada Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Warisan dan beberapa parti lain sudah memberikan komitmen kepada usul itu.

“Ketua parti-parti PH, BN, GPS, GRS, Warisan dan beberapa parti lain sudah memberikan komitmen. Insya-Allah kita dapat teruskan dengan baik dan minta doakan sebaiknya,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Kabinet tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI