fbpx

Thailand kagum dengan transformasi Kim Pan-gon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PAN-GON (dua dari kiri) bersama barisan kejurulatihan dan skuad Harimau Malaya pada aksi menentang Kemboja di Stadium Nasional Bukit Jalil Jumaat lepas. – FAM

WALAUPUN belum genap setahun melatih Harimau Malaya, pencapaian yang dibawa dan kredibiliti Kim Pan-gon mula mendapat perhatian daripada luar negara yang menyifatkan jurulatih Korea Selatan itu berjaya merubah imej Malaysia.

Terkini, gergasi bola sepak Asia Tenggara, Thailand tampil mengiktiraf kualiti yang dibawa Pan-gon dan melabelkan Malaysia mampu menghadirkan kejayaan di Piala Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF), bermula minggu depan.

“Sejak kehadiran Pan-gon, jurulatih Korea Selatan itu mula menyerlahkan hala tuju Harimau Malaya dan mereka bertambah baik. Piala AFF kali ini akan menjadi ujian penting buat mereka, sama ada pendekatan yang diambil berada di laluan tepat atau tidak.

“Selepas mengesahkan tempat ke Piala Asia 2023, Malaysia menjadi pasukan yang menjadi tumpuan pada pertandingan ini memandangkan mereka berjaya menewaskan Thailand pada Piala Raja Thai.

“Corak permainan mereka juga berubah sejak di bawah kendalian Pan-gon yang lebih menekankan permainan tekanan tinggi seperti sering dimainkan pasukan kebangsaan Korea Selatan,” menurut analisis dibuat laman sosial rasmi pasukan kebangsaan Thailand, changsuek.

Malam esok, Harimau Malaya bakal menghadapi Maldives pada aksi persahabatan kedua di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur sebelum Pan-gon membuat senarai akhir 23 pemain yang bakal membawa cabaran Malaysia ke Piala AFF minggu depan.

Perlawanan ini dianggap pen­ting buat Pan-gon bagi mendapatkan gambaran awal selepas tidak dapat menggunakan khidmat ramai pemain tonggak yang pernah sarung jersi negara pada kelayakan Piala Asia, Jun lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI