fbpx

2,763 mangsa banjir masih berlindung di PPS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Seramai 2,763 mangsa banjir daripada 834 keluarga masih mendapatkan perlindungan di 22 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di lima negeri setakat pukul 8 pagi tadi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, ia membabitkan 14 buah daerah di Perak, Johor, Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Menurutnya, beliau hari ini berkesempatan melawat PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Semantan, Temerloh, Pahang, yang telah mula beroperasi pada 8 Disember lalu

“PPS ini memberi perlindungan kepada 339 mangsa daripada 103 Ketua Isi Rumah (KIR) dan kebanyakannya penduduk Kampung Batu Kapor.

“Saya difahamkan daerah Temerloh mempunyai paling banyak kawasan berisiko banjir iaitu 124 kawasan daripada 554 kawasan berisiko di Pahang,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Katanya, sejak bermulanya Monsun Timur Laut (MTL) pada awal November lalu, semua negeri yang terkesan telah dapat menguruskan keadaan dengan baik.

Armizan berkata, beliau berharap momentum itu akan berterusan memandangkan Malaysia baru sahaja melalui Luruan Monsun yang pertama.

Katanya, berdasarkan ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), dijangkakan akan berlaku empat hingga enam episod Luruan Monsun sepanjang MTL ini.

“Selaku agensi pengurusan bencana pusat, Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) telah menyelaras arahan agar semua Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) perlu memastikan kesiapsiagaan berpandukan Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan.

“Ini termasuk pengurusan jentera petugas, aset dan logistik. Bagi peringkat daerah pula, data terperinci seperti senarai nama penduduk akan diperincikan bagi melancarkan proses pemindahan mangsa-mangsa apabila berlakunya banjir.

“Penduduk yang berada di lokasi terjejas banjir dinasihatkan untuk menjaga keselamatan dan tidak bertangguh untuk berpindah ke PPS sekiranya menerima arahan daripada pihak berwajib,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI