fbpx

[VIDEO] Bangunan Bazar Kraftangan Dataran Pahlawan runtuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang peniaga menunjukkan sebahagian siling yang runtuh di Bazar Kraftangan Dataran Pahlawan Megamall, malam tadi.

MELAKA – Kira-kira 70 peniaga dan pengunjung Bazar Kraftangan Dataran Pahlawan Megamall di pusat beli-belah Dataran Pahlawan di sini nyaris dihempap siling bangunan itu yang tiba-tiba runtuh, malam tadi.

Berdasarkan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) milik salah seorang peniaga, kejadian itu berlaku pada pukul 10.08 malam. Bagaimanapun tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam insiden tersebut.

Rakaman berdurasi 16 saat itu turut tular di laman sosial memaparkan seorang lelaki dipercayai peniaga terselamat selepas bertindak melarikan diri beberapa saat sebelum siling itu runtuh menghempap premis dan barangan jualan.

Menceritakan detik cemas itu, seorang pekerja, Mustapa Simon Ftheseira, 45, berkata, dia terdengar bunyi rekahan di atas siling ketika melayan seorang pelanggan yang datang bersama bayinya.

“Awalnya saya tak kisah bunyi itu, namun selepas pelanggan meninggalkan kedai bunyi semakin kuat.

“Mujurlah saya sempat menyelamatkan lari beberapa saat sebelum ia runtuh,” ujarnya kepada pemberita di sini, hari ini.

Terdahulu, anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Kubu dan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) turut ke lokasi bagi tujuan pemantauan keselamatan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI