fbpx

Salt Bae jual garam harga ‘Yahudi’ RM15 seunit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SALT BAE menerima kecaman ramai apabila menjual garam dengan harga RM15 seunit.

TERUS mengundang kecaman ramai, usahawan dan pempengaruh terkenal dunia, Salt Bae kini dicemuh khalayak apabila menjual garam dengan harga ‘Yahudi’.

Garam jenama milik Salt Bae dijual dengan harga overpriced (luar mampu milik) iaitu RM14.90 seunit.

Rasa tidak puas hati tersebut diluahkan seorang pengguna Twitter yang tampil mempersoalkan kewarasan garam dijual dengan harga sedemikian.

“Lelaki ini menjalankan perniagaan restoran dengan harya tidak masuk akal dan sekarang, dia juga garam berharga luar kemampuan khalayak.

“Sungguhpun begitu, saya percaya ramai yang akan tetap membeli kerana jenamanya bukan disebabkan kualitinya itu sendiri,” ciap pengguna Twitter itu.

Sementara itu, ada dalam kalangan pengguna laman sosial tersebut mempertahankan sensasi Salt Bae atau nama sebenarnya, Nusret Gökçe dengan mengatakan harga restoran stik ‘cekik darah’ usahawan kelahiran Turkiye itu yang selalu menjadi perdebatan orang ramai sebenarnya berpatutan mengikut negara.

“Cakap mahal atau mengarut tapi pernah ke pergi kedai dia (Salt Bae)? Kalau nak murah, pergi Istanbul tiada terlebih atau terlampau mahal di sana,” coret seorang pengguna Twitter lain.

Terdahulu, pelakon tempatan, Aeril Zafrel pernah mendedahkan bil makanan dan minuman di salah sebuah restoran stik milik Salt Bae terletak di London, United Kingdom pernah dinikmatinya bersama keluarga mencecah RM10,000. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI