fbpx

6 bulan menduda, hati Bad Indigo kini ‘berbunga’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BUAT masa ini Bad enggan mendedahkan secara terperinci tentang wanita yang sedang bertakhta di hatinya.

PETALING JAYA – “Ya, saya amat bahagia sekarang. Alhamdulillah, bahagia dengan semuanya. Bahagia dengan tahap kesihatan, keluarga dan pekerjaan. Kehidupan dan hati saya juga sangat bahagia.”

Demikian jawapan diberikan penyanyi Bad Indigo apabila dia dikatakan sedang meniti fasa bahagia bersama seorang wanita.

Bad ketika dihubungi Kosmo! Online untuk bertanyakan tentang gerangan wanita itu bagaimanapun enggan mendedahkan secara terperinci, namun mengakui hatinya kini sedang bahagia.

“Dia siapa? (wanita misteri itu). Apa yang saya boleh katakan, saya tidak akan kongsi gambar orang lain kecuali jika dia ada kepentingan dalam hidup saya. Maksudnya dia penting. Sangat penting.

“Tapi siapa dirinya, saya tidak boleh beritahu lagi. Saya tidak mahu cepat sangat beritahu siapa orangnya. Cuma apa yang boleh saya katakan, dia penting dalam hidup saya,” katanya kepada Kosmo! Online.

Bercerita lebih lanjut, penyanyi berusia 47 tahun itu memberitahu tempoh perkenalan bersama wanita misteri itu masih baharu.

Namun, dia merasakan seperti sudah lama berkenalan dengannya.

“Perkenalan kami sangat baharu. Tapi saya rasa seperti sudah lama berkenalan. Rasa macam dah lama kenal,” jelasnya.

Sewaktu diminta penjelasan lebih lanjut tentang hubungannya dengan wanita istimewa itu, apa yang penting kata Bad, dia tahu segala-galanya tentang dirinya termasuk pelbagai kejadian yang menimpanya sebelum ini.

“Apa yang penting dia kenal saya selepas macam-macam perkara berlaku. Apa sahaja tentang saya, dia boleh baca berita dalam media sosial.

“Dia tahu tentang saya. Itu yang paling penting,” katanya yang turut menganggap telah pun melepasi fasa perkenalan dengan wanita itu.

Terdahulu, menerusi perkongsian yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, Bad atau nama lengkapnya Badrul Izhan Yeop Abdullah berkongsi gambar berbentuk tangkap layar sedang membuat panggilan video bersama seorang wanita yang tidak didedahkan wajahnya.

“Alasan saya tersenyum,” tulis Bad pada ruangan kapsyen dalam Instagram.

Untuk rekod, Bad mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan penyanyi Ashira pada 11 Mac 2021 selepas mereka mula rapat ketika bergelar peserta Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7).

Tetapi selepas tiga bulan mendirikan rumah tangga, pasangan itu diduga dengan masalah kesihatan Bad yang menghidap diabetes sehingga perlu memotong semua jari kaki kirinya.

Jodoh tidak panjang, mereka mengesahkan sudah bercerai pada 23 Jun lalu tanpa berkongsi lanjut punca perpisahan tersebut. Mereka tidak dikurniakan cahaya mata. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI