fbpx

Banjir: 1,486 mangsa terjejas banjir di Pasir Mas, Rantau Panjang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua beradik, Irfan Mohd. Firdaus, 11, (tengah) dan adiknya, Lokman Nur Hakim, 10, (kiri) meredah air untuk ke PPS selepas Kampung Serongga, Pasir Mas dinaiki air hari ini. FOTO ROHANA ISMAIL

PASIR MAS – Jumlah mangsa banjir di Pasir Mas dan Rantau Panjang ketika ini mencatatkan seramai 1,486 orang daripada 460 keluarga meskipun hujan di kebanyakan kawasan di dua kawasan itu berhenti sejak pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Superintendan Nik Aminuddin Raja Abdullah berkata, keadaan itu menyebabkan lima pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Rantau Panjang dan satu di Pasir Mas.

Menurutnya, mengikut jangkaan, kemungkinan ramai mangsa banjir akan PPS di daerah ini dalam masa terdekat walaupun paras Sungai Golok menunjukkan penurunan iaitu 9.56 meter berbanding 9.66 meter semalam.

“Sebanyak 10 buah kampung di Rantau Panjang dan Pasir Mas sudah ditenggelami air. Terbaharu, Kampung Serongga di Pasir Mas sudah dilanda bah setinggi 0.3 meter hingga 0.8 meter.

“Kampung-kampung yang terjejas banjir itu hanya ditutup kepada kenderaan ringan, namun kenderaan berat masih boleh melalui kawasan tersebut,” katanya pada sidang akhbar di Pondok Polis Repek di sini di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Nik Aminuddin berkata, antara kampung yang sudah dilanda banjir di daerah ini adalah Banggol Kong, Terusan, To’ Deh, Bakong, Kubang Pak Hitam Meranti dan Gelang Mas. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI