fbpx

Muka Zaki Yamani licin macam sutera!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZAKI YAMANI

BARU-BARU ini Diva berkesempatan hadir ke sebuah acara hiburan untuk memperkenalkan barisan peserta bagi sebuah program televisyen iaitu Famili Duo musim kedua.

Antara yang hadir ke program tersebut adalah penyanyi muda, Zaki Yamani. Kecil molek orangnya. Maklumlah masih bersekolah di tingkatan empat.

Apa yang menarik perhatian Diva sampai tak berkelip mata bila melihat kulit anak kepada penyanyi legenda, Datuk Jamal Abdillah itu. Sungguh mulus, licin dan berkilat bak pasu porselin.

Macam kulit orang-orang Korea. Faham tak? Secalit cela pun tak ada, memang betul-betul bersih. Diva sebagai seorang pencinta kecantikan memang cemburu betul dengan kulit Zaki.

Agak-agaknya, apa petua yang dia amalkan untuk jaga kulit secantik itu? Diva dulu sewaktu seusia Zaki, kulit muka dah hancur dimamah jerawat. Geram betul!

DIVA: Penyanyi Naim Daniel nampak pelik bila warnakan rambutnya menjadi perang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI