fbpx

Moga berjodoh Zaki Yamani, Puteri Balqis!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelakon Puteri Balqish dan penyanyi Zaki Yamani kelihatan secocok bersama sebagai pasangan kekasih.

SEDIH betul video muzik (MV) lagu terbaharu penyanyi, Zaki Yamani yang berjudul Mati Rasa. Sinematografi MV yang dipercayai dijalankan di Cameron Highland itu juga sangat cantik.

Tapi bukan perkara itu sebenarnya yang hendak Diva fokuskan. Apa yang menarik perhatian adalah gandingan Zaki bersama pelakon cantik, Puteri Balqis dalam MV tersebut.

Siapa tidak kenal dengan Balqis atau mesra disapa Aqish. Lakonan mantapnya selalu meninggalkan kesan terhadap penonton, begitu juga dalam MV itu.

Melihat gandingan kedua-dua remaja itu, tiba-tiba Diva pula yang tersengih seorang diri. Rasa macam ‘jatuh cinta’ pula.

Zaki dan Aqish kelihatan sangat serasi, malah tidak kurang juga boleh dikatakan sepadan. Bukan Diva seorang sahaja tau yang rasa begitu.

Ada juga segelintir netizen beranggapan kedua-dua remaja itu bagai pinang dibelah dua.

“Sweet betul kedua-duanya. Sesuai pula rasa,” kata seorang peminat mereka.

“Bersemut tengok Zaki dan Balqis,” ujar seorang lagi peminat.

Diva masih tersengih macam kerang busuk sekarang. Harap mereka berjodoh!

DIVA: Patutlah dah lama tak nampak pelakon dan penyanyi Harris Alif dalam kaca televisyen, rupanya sibuk uruskan perniagaan taska.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI