fbpx

Zaki Yamani nak jadi pensyarah Bahasa Inggeris

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZAKI Yamani menjadikan penyanyi dan guru vokal, Datuk Syafinaz Selamat selaku idola dalam mengejar cita-citanya bergelar pensyarah, namun masih mengekalkan kerjaya nyanyian.

PETALING JAYA – Bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun depan, anak Raja Pop Malaysia, Datuk Jamal Abdillah iaitu Zaki Yamani berjanji tidak akan ponteng sekolah demi meraih keputusan terbaik dalam peperiksaan penting tersebut.

Zaki, 17, berkata, dia optimis untuk mendapatkan keputusan cemerlang seperti diuar-uarkan kepada media sebelum ini iaitu 7A.

“Semasa tingkatan tiga dan empat, saya macam kira main-main lagilah. Bukan tak belajar tapi macam kurang beri perhatian sepenuhnya (terhadap pembelajaran).

“Menyanyi tetap diteruskan tapi saya akan kurangkan buat sementara waktu demi memberi fokus kepada SPM.

“Sesi persekolahan bermula bulan Mac depan, sementara itu bolehlah ambil ‘show’ apa semua sampailah kelas akan bermula nanti.

“Saya memang target nak dapat 7A tapi kalau tak dapat pun, saya reda kalau dapat sekurang-kurangnya dua atau 3A tetap saya bersyukur,” katanya usai majlis keraian dirinya dan abang, Yamani Abdillah sebagai juara Famili Duo di Hulu Kelang, kelmarin.

Dedah Zaki, dia terpaksa ponteng sekolah disebabkan tuntutan kerja sebagai penyanyi sebelum ini.

Disebabkan itu, dia mengambil inisiatif mengambil kelas tuisyen pusat peningkatan akademik dan pakar dalam membantu pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), PTTI.

“Tahun ini memang saya akan banyak ikuti kelas tuisyen sebab tahun lepas waktu kerja (menyanyi), memang saya terpaksa ponteng.

“Jadi untuk tahun ini saya akan pastikan takkan ponteng sekolah lagi. Bukan ponteng secara sengaja pun sebelum ini tapi sebab tak pergi sekolah atas tuntutan kerja (menyanyi),” kata Zaki atau nama sebenarnya, Ahmad Zaki Yamani Jamal Ubaidillah.

Menjuarai program realiti Famili Duo, Zaki memaklumkan, selepas tamat sekolah menengah, dia ingin menyambung pengajian di peringkat universiti.

“Nak sambung belajar di kolej atau universiti dan saya nak jadi pensyarah. Pensyarah subjek Bahasa Inggeris, itu impian saya.

“Sebenarnya, saya nak jadi jurutera tapi rasa macam tak ‘kena’ dengan saya. Saya berbadan kecil, sedangkan kerja jurutera banyak kena pasang-pasang itu ini.

“Idola saya Datuk Syafinaz Selamat. Dia jadi pensyarah dan dalam masa sama mengajar vokal. Itu contoh buat saya. Bila dah habis belajar nanti, jadi pensyarah dan menyanyi juga,” ujarnya.

Zaki dan abangnya, bergelar Famili Duo iaitu sebuah rancangan nyanyian realiti keluarga yang menampilkan selebriti popular bekerjasama dengan ahli keluarga mereka untuk mempamerkan bakat nyanyian masing-masing pada pentas final 5 Februari lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI