fbpx

Kembar Siam berkongsi satu gaji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sohna dan Mohna telah ditinggalkan oleh ibu bapa mereka pada usia dua bulan. - Discover with Ruhi Cenet

NEW DELHI – Sepasang kembar siam dari Punjab, India mendedahkan bahawa mereka hanya dibayar satu gaji sebulan semasa bekerja sebagai kakitangan awam, lapor portal berita MailOnline kelmarin.

Bercakap dalam temu bual bersama Ruhi Cenet yang merupakan seorang penerbit filem dokumentari, Sohna dan Mohna Singh, 19, berkata, mereka hanya dibayar gaji £200 (RM1,079) sebulan.

Pasangan kembar itu menukar cerita yang dinyatakan pada tahun lepas bahawa mereka dibayar dua gaji berasingan.

Pasangan kembar itu bekerja sebagai juruelektrik di syarikat Punjab State Power Corporation Limited sejak Disember lalu. Mereka bekerja syif 12 jam untuk menjaga bilik kawalan bekalan elektrik.

“Kami berterima kasih kepada kerajaan Punjab kerana mengiktiraf bakat kami,” kata pasangan itu kepada akhbar Independant.

Pembaca bagaimanapun meluahkan kekecewaan apabila mendapat tahu bahawa dua beradik itu berkongsi gaji.

“Satu gaji untuk dua orang? Iini membuatkan saya marah,” kata seorang pembaca.

Kembar Siam itu mempunyai dua jantung, buah pinggang dan saraf tunjang, serta dua pasang lengan, tetapi berkongsi hati, pundi hempedu, kaki dan limpa. Mereka dilahirkan pada Jun 2003 di Hospital Sucheta Kriplani di New Delhi.

Sohna dan Mohna mengikuti minat mereka dan memperoleh diploma dalam pengajian elektrik.

Mengenai mendapat pekerjaan, Sohna berkata: “Kami akan bekerja keras dengan penuh keikhlasan dan dedikasi.”

Mohna menambah: “Kami amat berterima kasih kepada institusi Pingalwara yang telah membesarkan kami, mendidik kami dan membantu kami menjadi berdikari.” – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI