fbpx

Agong minta perjelas lantikan sebagai PM elak kekeliruan – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar berucap pada Program Pertemuan Mahabbah Perdana Menteri bersama Ulama dan Asatizah di Kompleks Seri Perdana Putrajaya, hari ini. - Foto FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjelaskan mengenai lantikannya sebagai Perdana Menteri bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan rakyat.

Anwar berkata, titah berkenaan dibuat Al Sultan Abdullah dalam satu pertemuan semalam yang antara lain meminta Perdana Menteri menjelaskan soal pelantikan itu agar tidak timbul kekeliruan serta tidak menyinggung kedudukan Raja-Raya Melayu.

“Saya sebutkan ini kerana semalam telah menghadap Agong, baginda katakan bahawa baiknya Perdana Menteri menjelaskan supaya tidak timbul kekeliruan terutamanya yang menyinggung kedudukan Majlis Raja-Raja Melayu.

“Saudara kita boleh berbeza pendapat, malah dalam beberapa pertemuan saya dengan rakan-rakan, kadang-kadang saya mohon ampun dan maaf dalam memberi pandangan yang agak peribadi.

“Tetapi, kita tidak boleh langgar daripada prinsip adab dan akhlak serta menghormati kemuliaan Raja-Raja Melayu kerana mereka mewakili satu institusi. Dalam keadaan tidak menentu baru-baru ini, peranan raja-raja sangat utama dalam menyelamatkan keadaan,” katanya ketika berucap pada Program Pertemuan Mahabbah Bersama Ulama dan Asatizah di Kompleks Seri Perdana di sini tadi.

Perdana Menteri berkata, keputusan diputuskan Majlis Raja-Raja juga tidak pernah mengetepikan soal perlembagaan, kepentingan majoriti Melayu dan kedudukan Islam.

“Tiada Raja-Raja Melayu yang mengetepikan dan menyisihkan soal ini kerana kedudukannya yang dipertahankan tradisi dan budaya. Perlembagaan ialah bagi bagi mengawal keadaan itu, sebab itu kalau ada orang pertikai, ia mesti dipertahankan, kalau tidak sistem berkenaan tidak boleh kekal.

“Saya memilih menjelaskan di sini kerana menganggap ini negara kita, terutamanya tentang hubungan orang Melayu dan Islam sangat penting, sebab itu saya memilih menjelaskan kali pertama daripada sudut hujah yang lebih jelas,” katanya.

Jelasnya, Al Sultan Abdullah turut berkenaan menerima pandangan beliau dan turut bertanyakan adakah saya yakin sebagai Perdana Menteri kerana jumlahnya sudah jelas selepas mendapat sokongan daripada Pakatan Harapan, Barisan Nasional, Gabungan Parti Sarawak, Gabungan Rakyat Sabah serta beberapa parti lain.

“Saya jawab ini bukan soal peraturan dan undang-undang, patik mahu memimpin dengan mandat yang jelas dengan sokongan Parlimen.

“Patik yakin akan perolehi (sokongan Ahli Parlimen), andai kata tidak perolehi, patik akan tunduk kepada suara rakyat,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI