fbpx

Banjir: 339 mangsa ditempatkan di 7 pps di Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Terengganu memantau fenomena air pasang besar di Pantai Seberang Takir, Kuala Nerus malam tadi.

KUALA TERENGGANU – Sebanyak tujuh pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka berikutan banjir yang mula melanda Terengganu sejak semalam.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu berkata, seramai 339 mangsa daripada 91 keluarga ditempatkan di semua PPS terlibat.

“Ia membabitkan empat daerah iaitu Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Setiu dan Besut.

“Kuala Nerus paling teruk terjejas dengan 198 mangsa ditempatkan di dua PPS manakala 97 mangsa pula berada di dua PPS di Kuala Terengganu,” katanya di sini hari ini.

Jurucakap Sekretariat JPBN Terengganu berkata, dua PPS dibuka di Setiu dengan 30 mangsa telah berpindah.

Tambah beliau, seramai 14 mangsa banjir pula ditempatkan di sebuah PPS iaitu Surau Taman Perumahan Bukit Cina, Besut.

“Langkah berjaga-jaga terus diambil kerana setakat ini hujan masih turun di beberapa kawasan di negeri ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI