fbpx

14 pusat pemindahan di buka di Pahang, Terengganu, Perak dan Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – 14 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka melibatkan empat negeri di Pahang, Terengganu, Perak dan Kelantan berikutan banjir serta hujan berterusan hari ini.

Data di aplikasi Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat sehingga petang tadi memaklumkan ia melibatkan 928 mangsa terdiri daripada 267 keluarga.

“Di Pahang empat PPS dibuka melibatkan 427 mangsa daripada 133 keluarga, Terengganu lapan PPS dibuka dengan 327 mangsa daripada 88 keluarga.

“Manakala di Perak satu PPS dibuka melibatkan 54 mangsa daripada 11 keluarga serta Kelantan satu PPS melibatkan 120 mangsa daripada 35 keluarga,” kata info tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI