fbpx

Tuhan cipta Adam dan Hawa bukan Adam dan Haikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Selepas satu video kontroversi yang melibatkan seorang lelaki dipercayai golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang mempertikaikan mengenai undang-undang di Malaysia, ternyata pelbagai komen balas telah disuarakan.

Terkini, selebriti terkenal, Naim Daniel tidak terlepas untuk menyuarakan pandangan serta pendapatnya mengenai video tersebut.

Melalui satu ciapan ringkasnya di media sosial Twitter, Naim hanya menulis berkenaan ciptaan manusia pertama yang dicipta oleh Allah iaitu pasangan Adam dan Hawa.

“Tuhan ciptakan Adam dan Hawa sebagai pasangan. Bukan Adam dan Haikal,” ciapnya.

Ciapan tersebut turut mendapat pelbagai komen dari pengguna media sosial tersebut dan rata- ratanya menyokong apa yang dinyatakan penyanyi tersebut.

“Betul, lumrah sudah lama cuma biasalah golongan-golongan ini akan bahas punya. Bagi mereka naluri dalaman hati. Pening kadang-kadang tu,” tulis salah seorang pengguna Twitter.

“Padu bro Naim, datuk nenek kita dicipta berpasangan lelaki dan wanita, Adam dan Hawa.

“Mana datangnya Adam dan Haikal pula. Naluri hati katanya, kita ni tak faham,” ciap @khirulmuzammir. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI