fbpx

Polis tahan bookie judi simpan 96 kg dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. Yusri (tengah) menunjukkan bungkusan dadah jenis methamphetamine yang dirampas di sebuah rumah di Jalan Medan Ipoh pada 7 Disember lalu hari ini. - Foto LIYANA RAMLI

IPOH – Polis Perak menahan seorang bookie judi yang menyimpan kira-kira 96.02 kilogram (kg) dadah jenis methamphetamine di rumah sewanya di Jalan Medan Ipoh, 7 Disember lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, suspek yang berusia 37 tahun itu ditahan lebih kurang pukul 1.40 petang.

“Sebanyak 95 bungkusan plastik berwarna hijau-kuning bertulis Guan Ying Wang berisi bahan disyaki dadah jenis methamphetamine ditemui di rumah itu.

“Bahan yang disyaki dadah jenis methamphetamine ditemui dengan anggaran berat 96.02 kilogram (kg).

“Nilai keseluruhan dadah yang dirampas adalah berjumlah RM3.45 juta,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Kontinjen Perak di sini hari ini.

Menurutnya, dadah yang dirampas disyaki untuk diedarkan di kawasan Ipoh dan Lembah Klang dan boleh digunakan untuk 120,000 penagih dadah.

“Kita percaya dadah tersebut diperoleh daripada bahagian utara negeri Perak,” katanya.

Menurut beliau, pihaknya masih menyiasat kemungkinan suspek terlibat dalam sindiket.

Mohd. Yusri berkata, ujian saringan awal air kencing yang dijalankan ke atas suspek adalah negatif dan suspek mempunyai satu rekod kesalahan lampau bersabit kesalahan dadah.

“Suspek direman tujuh hari sehingga 11 Disember 2022 dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman mandatori atau gantung sampai mati,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI