fbpx
Salahuddin.

Salehuddin akui bekalan telur dan minyak masak bersubsidi tidak mencukupi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub mengakui terdapat kekurangan bekalan telur bersubsidi gred A, B dan C serta minyak masak bersubsidi dalam polibeg satu kilogram di pasaran runcit ketika ini.

Ia susulan lawatan mengejut tanpa disertai pegawai dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) yang dilakukan oleh beliau di kedai runcit serta pasar awam di Putrajaya, hari ini.

Justeru katanya, pihak kementerian akan mengadakan mesyuarat bersama Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan berkenaan bekalan telur dan minyak masak bersubsidi esok.

“Esok saya akan panggil mesyuarat bersama dgn MAFI berkenaan bekalan telur bersubsidi di pasaran dan pada masa sama saya akan mengarahkan Bahagian Penguatkuasa KPDN untuk menyelesaikan masalah minyak masak bersubsidi 1kg polibeg. Saya akan bertindak!,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu menerusi perkongsian gambar dan video yang dipaparkan, Salahuddin dilihat melakukan lawatan secara mengejut tanpa diiringi oleh pegawai penguat kuasa KPDN.

“Tadi pagi dalam perjalanan ke pejabat di Putrajaya, saya tergerak hati nak singgah di kedai runcit dan pasar awam di putrajaya. Saya sengaja tidak beritahu pengurusan kementerian dan Bahagian Penguatkuasa KPDN kerana tidak mahu jadi seperti acara keraian.

“Saya hanya ditemani pemandu dan pegawai pengiring saya yang bertindak sebagai jurukamera dan juruvideo yang sangat amatur. Saya mohon maaf jika kualiti video dan suntingannya tidak memuaskan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

POPULAR