fbpx

Belum dapat panggilan SPRM – Tengku Zafrul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR – Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz memaklumkan beliau belum menerima sebarang panggilan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan berlaku salah guna dana RM600 bilion ketika pandemik Covid-19.

“Setakat ini tak dapat apa-apa panggilan dari SPRM, kalau dapat kita adakan beri kerjasama, tiada apa pun yang kita mahu sorok. Saya lebih daripada bersedia sekiranya dipanggil.

“Saya tidak mahu jelaskan buat masa ini (berhubung isu berkenaan), kita tunggu dahulu belum ada apa-apa nak dijelaskan. Paling penting kalau ada apa-apa isu berbangkit yang tidak betul kita highlight (tonjolkan), saya rasa tiada isu,” katanya.

Beliau berkata demikian sejurus selepas majlis pelancaran jenama kenderaan elektrik dari China, BYD yang diadakan di sini sebentar tadi.

Terdapat laporan sebelum ini yang menyatakan Tengku Zafrul, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dijangka dipanggil memberi keterangan kepada SPRM berhubung dakwaan berlaku salah guna dana RM600 bilion. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI