fbpx
MOHD. FAIZAL sedang berbual dengan Ammar Danis sambil diperhatikan Ammar Dinnie (kiri) di rumah mereka di Taman Krubong Jaya, Melaka.

Bapa perlukan RM23,000 demi nyawa anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun yang menghidap masalah saraf otak membengkak memerlukan bantuan kewangan sebanyak RM23,000 bagi menampung kos pembedahan yang dijadualkan pada Februari tahun depan.

Bapanya, Mohd. Faizal Zaka­ria, 42, berkata, setakat ini anaknya, Ammar Danis telah me­nerima sumbangan orang ramai seba­nyak RM12,000, namun jumlah itu masih tidak mencukupi bagi membolehkan kanak-kanak itu menjalani pembedahan di di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Kuala Lumpur.

“Saya masih memerlukan wang tambahan bagi mengumpul RM35,000 untuk mempercepatkan pembedahan anak saya.

“Selagi tak cukup kos yang ditetapkan HCTM, selagi itu pembedahan tidak dapat dijalankan.

“Apa yang saya dimaklumkan doktor yang merawat memberi­tahu, urat saraf otak anak saya sudah membengkak dan pembedahan perlu diadakan segera,” katanya ketika ditemui Kosmo! di rumahnya di Taman Krubong Jaya di sini baru-baru ini.

KEADAAN Ammar Danis sewaktu mendapat rawatan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Kuala Lumpur pada 2015.

Tambahnya, dia juga tidak sanggup lagi melihat penderitaan ditanggung Ammar sejak 2015 se­lepas saluran darah otaknya pecah.

Ujar Mohd. Faizal, sebelum ini, dia telah menggunakan simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) miliknya dan isteri sebanyak RM50,000 untuk pembedahan pertama pada tujuh tahun lalu.

Katanya, setakat ini Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) ada meng­hubunginya untuk membantu, namun memerlukan beberapa dokumen berkaitan daripada HCTM sebelum tindakan lanjut.

“Masih belum ada perkemba­ngan mengenai bantuan itu kera­na saya sedang cuba mendapatkan beberapa dokumen daripada pihak hospital. Kini keadaan Ammar hanya duduk atau terbaring di sofa, kadang-kala dia mengadu sakit kepala,” ujarnya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyumbang me­­­lalui akaun bank Maybank 1040-6826-1720 (Mohd. Faizal Zakaria). -KOSMO! ONLINE

POPULAR