fbpx
PEARLY-Thinaah berdepan laluan sukar apabila bersaing dengan tiga gandingan terbaik dunia dalam Kumpulan B pada Jelajah Dunia Akhir di Bangkok, Thailand bermula hari ini.

Tugas sukar Pearly-Thinaah di Bangkok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEREGU wanita No.1 negara, Pearly Tan-M. Thinaah dijangka berdepan tugas sukar pada Jelajah Dunia Akhir di Bangkok, Thailand bermula hari ini.

Ini kerana, beregu No. 9 dunia itu diundi dalam Kumpulan B bersama juara dunia tiga kali dari China, Chen Qing Chen-Jia Yi Fan serta gandingan No.7 dunia, Zhang Shu Xian-Zheng Yu.

Selain dua wakil China itu, Pearly-Thinaah yang merupakan juara Terbuka Perancis akan berdepan pemenang pi­ngat emas Sukan SEA 2022 dari Indonesia, Apriyani Rahayu-Siti Fadia Silva Ramadhanti.

“Undian cukup berat buat Pearly-Thinaah di Bangkok, namun dengan prestasi semasa, saya harap mereka dapat bersaing dengan tiga gandingan terbaik dunia itu dalam Kumpulan B,” kata Pengarah Kejurulatihan Beregu Persatuan Badminton Malaysia, Rexy Mainaky.

Selain Pearly-Thinaah, beregu profesional, Vivian Hoo-Lim Chiew Sien turut menggalas misi negara menerusi acara beregu wanita selepas diundi dalam Kumpulan A bersama Jeong Na Eun-Kim Hye Jeong dari Korea Selatan serta dua wakil Thailand, Benyapa Aimsaard-Nuntakarn Aimsaard dan Jongkolphan Kititharakul-Rawinda Prajongjai.

Rexy menganggap beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik memiliki peluang lebih baik meskipun diundi bersama pasangan veteran Indonesia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan dalam Kumpulan B.

“Dalam acara beregu lelaki, saya harap Aaron dan Wooi Yik bermain seperti biasa bagi memastikan mereka dapat melepasi saingan peringkat kumpulan terlebih dahulu,” ujar pengendali dari Indonesia itu.

Walaupun dianggap berpeluang untuk melangkah ke pusingan separuh akhir, namun Aaron-Wooi Yik juga perlu berdepan halangan beregu China, Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi serta Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen dari Denmark.

POPULAR