fbpx

Malaysia kutuk pengeboman balai polis di Bandung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota keselamatan mengadakan kawalan di sekitar kawasan kejadian di Bandung hari ini. FOTO MEDIA SOSIAL

PUTRAJAYA- Kerajaan Malaysia mengutuk dengan sekeras-kerasnya insiden serangan bom ke atas sebuah balai polis di wilayah Jawa Barat, Indonesia pagi tadi.

Menurut Wisma Putra, Malaysia turut berharap pihak yang terlibat mendalangi kejadian berdarah itu akan dibawa segera ke muka pengadilan.

“Malaysia juga merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada kerajaan Indonesia serta keluarga mangsa selain berdoa diberikan kesembuhan kepada yang cedera.

“Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta mengesahkan bahawa setakat ini tiada rakyat Malaysia yang dilaporkan terlibat dalam kejadian tersebut,” katanya dalam satu kenyataan tadi.

Katanya, mana-mana warga Malaysia memerlukan bantuan konsular atau ada sebarang pertanyaan lanjut dinasihatkan berhubung dengan pihak kedutaan.

Pejabat diplomatik Malaysia boleh dihubungi menerusi talian am +6221 5224947 atau kecemasan selepas waktu pejabat +62813 8081 3036 atau e-mel [email protected] KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI