fbpx

Lelaki ditembak depan rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki cedera di lengan kanan selepas terkena tembakan di hadapan rumahnya di Jalan Limau Kasturi, Klang hari ini.

KLANG – Seorang lelaki cedera di lengan kanan selepas terkena tembakan di hadapan rumahnya di Jalan Limau Kasturi di sini hari ini.

Kejadian dikatakan berlaku kira-kira pukul 7.15 pagi ketika mangsa berusia 40 ingin pergi ke tempat kerja.

Difahamkan tembakan itu dilepaskan seorang suspek yang menunggang sebuah motosikal.

Suspek juga dikatakan telah melepaskan tiga das tembakan sepanjang berlakunya kejadian itu.

Sementara itu, Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan akan mengeluarkan kenyataan media berkaitannya nanti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI