fbpx

Huawei Watch D pantau tahap kesihatan terbaik pelanggan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Huawei Business Group telah melancarkan Huawei Watch D, edisi jam tangan pintar terbaharu yang tersedia dengan alat pemantauan ECG dan tekanan darah tinggi.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, produk berinovatif, Huawei Watch D yang seberat 40.9 gram itu akan memudahkan pengguna untuk memantau kesihatan dengan menyediakan bacaan ECG dan tekanan darah yang tepat dalam masa nyata.

“Ia dilengkapi pelbagai mod senaman dan fungsi pemantauan kesihatan dan ia juga menggunakan pam berukuran mini untuk menguji tekanan darah dengan tepat pada bila-bila masa dan di mana-mana bagi menjadikannya pilihan terbaik buat pengguna yang mementingkan pemantauan dan penjagaan kesihatan,” jelasnya.


Selain tu, jam tersebut turut  menyokong pemantauan kadar denyutan jantung, pemantauan tidur secara saintifik, pemantauan SpO2 sepanjang hari, pengesanan suhu kulit, pemantauan tekanan dan juga dilengkapkan dengan 70 mod senaman.

“Bergabung dengan mod pintar, peranti ini menawarkan hayat bateri selama tujuh hari  untuk membolehkan penggunaan berterusan tanpa perlu mengecas dengan kerap.

Jam tangan pintar ini akan terdapat di laman web rasmi dan Huawei Experience Stores di Malaysia tidak lama lagi.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN