fbpx

AS dakwa lima pengintip China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Garland (tengah) ketika mengadakan sidang akhbar yang mengumumkan pendakwaan tersebut kelmarin. - Bonnie Cash/UPI

WASHINGTON – Jabatan Kehakiman mengumumkan pertuduhan terhadap enam warga China kelmarin, termasuk lima individu  yang didakwa menjadi pengintip Beijing untuk merekrut rakyat Amerika Syarikat (AS) sebagai tali barut dan menjejaskan pendakwaan ke atas sebuah syarikat gergasi China, lapor stesen penyiaran CNN.

Berdasarkan kertas pertuduhan, syarikat telekomunikasi terbabit berdepan pendakwaan di Brooklyn, New York. Meskipun tidak menyatakan nama syarikat itu, sumber dalaman mengesahkan ia adalah firma  Huawei.

Peguam Negara, Merrick Garland berkata, pengumuman itu menggambarkan peningkatan usaha Jabatan Kehakiman dalam membanteras pengintip China yang cuba menjejaskan kepentingan kerajaan AS.

“Seperti yang ditunjukkan dalam kes ini, China berusaha untuk mengganggu kebebasan dan hak individu di AS serta melemahkan sistem kehakiman kita yang melindungi hak tersebut.

“Mereka (China) gagal me­lakukannya,” kata Garland pada  satu sidang akhbar kelmarin.

Dua individu yang didakwa menjadi pengintip China, Gouchun He and Zheng Wang dituduh mengganggu pendakwaan persekutuan terhadap Huawei. Kedua-dua mereka bagaimanapun masih belum ditangkap.

Mereka didakwa menjalinkan hubungan dengan pegawai penguat kuasa undang-undang yang terlibat dalam kes tersebut bermula dari  tahun 2017.

He dan Wang percaya bahawa mereka telah merekrut pegawai berkenaan untuk menjadi aset China, demikian menurut kertas pertuduhan. Namun pegawai itu dikatakan bertindak sebagai ejen dua muka di bawah pengawasan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dan setia kepada AS. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI