fbpx

Cuckoo lancar galeri jenama pertama di Kuching

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelancaran Galeri Jenama Cuckoo di Kuching ini akan memperkukuhkan lagi jejak dan kedudukan CUCKOO International sebagai jenama Pencipta Kediaman Sihat (Healthy Home Creator) terunggul di Malaysia.

PETALING JAYA – Cuckoo International (MAL) Sdn. Bhd. (Cuckoo International) telah melancarkan Galeri Jenama Cuckoo (Cuckoo Brand Gallery) pertama Malaysia di Kuching bagi merancakkan lagi usaha syarikat dalam membantu lebih ramai rakyat di negara ini memiliki kehidupan yang lebih sihat dan ceria.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Hoe Kian Choon berkata pusat pengalaman dan informasi Cuckoo International yang pertama ini mempamerkan semua solusi kediaman sihat yang ditawarkan oleh syarikat tersebut seperti peralatan rumah, kehidupan sihat, penjagaan kecantikkan kepada servis pembersihan kediaman, galeri ini juga menawarkan pengalaman jenama baharu yang padat dengan informasi untuk semua pengunjung.

“Kami mempunyai sebuah impian untuk mencipta sebuah ruang sehenti yang boleh menjadi model kediaman sihat kepada orang ramai.

“Pelancaran ini telah merealisasikan impian kami dan kami berharap bahawa galeri ini akan menjadi inspirasi kepada orang ramai dan para pengunjung untuk hidup dengan lebih sihat dan ceria,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, lebih setahun pihaknya merekabentuk dan melaksanakan pembinaan galeri tersebut bagi mewujudkan ruang yang terang dan selesa selain ia direka khas dengan teliti untuk kediaman kelihatan lebih positif.

“Galeri tiga tingkat ini mempunyai kawasan binaan seluas 7,500 kaki persegi.

“Ia direka dengan visi kediaman sihat syarikat dan menjadi ruang sehenti yang mempamerkan keempat-empat tonggak kediaman sihat, jenama dan inovasi Cuckoo International dalam membantu orang ramai memahami bagaimana solusi ini dapat saling melengkapi untuk mewujudkan kediaman yang lebih sihat,” katanya.

Hoe berkata, galeri jenama ini diyakini dapat memperkukuhkan kedudukannya sebagai jenama pencipta kediaman sihat terunggul di negara ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI