fbpx

Ahli Parlimen Turkiye bertumbuk ketika berbahas, seorang dirawat di hospital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pergaduhan dikatakan sering berlaku dalam kalangan ahli Parlimen Turkiye. - Anadolu

ANKARA – Seorang ahli politik terkemuka di Turkiye, Huseyin Ors dikejarkan ke sebuah hospital selepas beliau dipukul dalam satu pergaduhan di Parlimen di Ankara, lapor portal berita Metro UK semalam.

Ors, ialah seorang anggota Parlimen dari parti pembangkang, Good Party. Beliau  dilaporkan ditumbuk di muka dan di dalam dadanya terdapat perentak jantung, menyebabkan beliau diletakkan di bawah penjagaan kecemasan.

Aylin Cesur iaitu seorang lagi anggota Parlimen daripada Good Party yang juga seorang doktor perubatan merawat rakan sejawatnya itu sebelum ambulans tiba di lokasi kejadian.

“Rawatannya diteruskan di unit rawatan rapi kerana keadaannya yang mengancam nyawa. Saya berharap peristiwa sebegini tidak akan berulang lagi,” kata Cesur kepada stesen penyiaran T24.

Satu rakaman televisyen menunjukkan berpuluh-puluh ahli politik menolak dan menampar antara satu sama lain di dalam bangunan Parlimen itu dengan sekurang-kurangnya seorang daripada mereka jatuh ke lantai.

Setakat ini, punca yang menyebabkan perbalahan itu berlaku masih lagi tidak jelas tetapi ia berlaku semasa sesi perbahasan mengenai bajet tahun depan.

Ketegangan semakin memuncak dalam politik Turkiye kerana negara itu akan mengadakan Pilihan Raya Presiden dan Pilihan Raya Parlimen pada bulan Jun tahun depan.

Jurucakap Good Party, Kursad Zorlu berkata: “Ia adalah hari yang menyedihkan bagi pihak Perhimpunan Kebangsaan Besar Turkiye dan hari yang memalukan bagi mereka yang melakukan serangan itu.” – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI