fbpx
Kereta-kereta ubah suai yang disita dalam Operasi Halangan dan Samseng Jalanan, pada 3 dan 4 Disember lepas, sekitar Kuala Lumpur

Geng ubah suai kereta, motosikal tumpas sekatan jalan raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Sebanyak 35 buah kereta dan 10 buah motosikal disita Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur dalam Operasi Halangan dan Samseng Jalanan pada 3 dan 4 Disember lalu.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Yahaya Othman dalam satu kenyataan hari ini berkata, kenderaan-kenderaan terbabit disita di bawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan sebanyak 397 saman turut dikeluarkan.

“Operasi yang dijalankan itu bermula pukul 2 pagi dan berakhir kira-kira pukul 4 pagi sekitar Kuala Lumpur melibatkan seramai 114 pegawai polis.

“Kenderaan yang disita akan diambil tindakan dan pemeriksaan oleh pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) serta diarahkan mengubah ke struktur asal sebelum dikembalikan kepada pemilik kenderaan,” katanya.

Sementara itu, tiga tangkapan terhadap penunggang motosikal berusia lingkungan 15 hingga 19 tahun yang menunggang dalam keadaan merbahaya dan melakukan aksi zig-zag, roket, dan superman serta bersaing, dalam Operasi Samseng Jalanan di Lebuhraya DUKE.

Kesemua tangkapan telah dibawa ke Balai Polis Trafik, Kuala Lumpur dan akan dituduh di bawah Seksyen 42(1) APJ 1987.

“Dalam operasi yang sama, satu tangkapan telah dilakukan terhadap penunggang motosikal berusia 18 tahun yang telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil 1955 dan akan dituduh di bawah Seksyen 108(3)(e) APJ 1987.

“JSPT Kuala Lumpur akan terus mempertingkatkan operasi di hujung minggu bagi mencegah dan membanteras sepenuhnya aktiviti samseng jalanan serta menjaga keselamatan pengguna jalan raya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

POPULAR