fbpx

Tok Mat teruskan komitmen agenda Kertas Putih Pertahanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN.

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan memberi komitmen penuh kepada agenda Kerta Putih Pertahanan (KPP) bagi memperkasakan kedaulatan negara.

Beliau yang baru memulakan tugas secara rasmi hari ini berkata, usaha itu akan diteruskan dalam semua perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang sebelum ini telah diluluskan di peringkat Parlimen.

Terdahulu, pada 2 Disember 2019, KPP telah dibentang dan diluluskan di Dewan Rakyat yang menetapkan hala tuju strategik pertahanan negara untuk tempoh 10 tahun.

“Saya telah diberikan taklimat oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Muez Abd. Aziz berkenaan latar belakang Kementerian Pertahanan (Mindef) secara sepintas lalu.

“Difahamkan, pihak ATM juga sudah memulakan langkah strategik KPP bagi memperkasa kedaulatan negara sekali gus menambah nilai dalam ketiga-tiga perkhidmatannya.

“Keutamaan saya kini adalah untuk bersama dengan pimpinan semua perkhidmatan untuk menjayakan KPP ini sebaik mungkin” katanya pada sidang akhbar di Wisma Pertahanan di sini hari ini.

Ketika ditanya sama ada Mindef perlu diberikan peruntukan lebih besar, Mohamad berkata, ia perlu dipertimbangkan dengan perkara-perkara lain.

“Bagaimanapun, Mindef sememangnya menjadi keutamaan kerana kedaulatan negara wajar dipertahankan terutama di pesisiran ruang udara dan sempadan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI