fbpx

Tiga nelayan Myanmar dicekup tangkap ikan secara haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiga nelayan asing yang ditahan di perairan itu semalam.

KUALA SELANGOR – Tindakan tiga nelayan warga Myanmar menangkap ikan secara haram mengundang padah apabila ditahan pihak berkuasa kira-kira 3.1 batu nautika di perairan daerah ini, semalam.

Kesemua lelaki terdiri daripada kru dan tekong bot berusia 31 hingga 39 tahun itu ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) pukul 10.45 pagi.

Pengarah APMM Selangor, Kepten Maritim V. Siva Kumar berkata, penahanan itu dilakukan ketika pihaknya melakukan rondaan rutin di sekitar perairan berkenaan.

Katanya, pemeriksaan dijalankan selepas mendapati bot itu dalam keadaan mencurigakan dipercayai sedang melakukan aktiviti perikanan.

“Tiga nelayan asing itu kemudian didapati tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

“Selain itu, mereka melakukan kesalahan melanggar syarat sah lesen yang ditetapkan,”  katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Siva Kumar, bot dan semua lelaki itu dibawa ke Jeti Polis Marin Pulau Indah bagi tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut  Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63.-KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI