fbpx

Lelaki Israel dipenjara di Thailand kerana bawa peluru dalam beg

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Farjun dihukum penjara 18 bulan pada Jumaat lalu kerana membawa peluru hidup di dalam begnya baru-baru ini. - Thaiger

BANGKOK – Seorang pegawai polis Israel dijatuhi hukuman penjara 18 bulan Jumaat lalu kerana tiba di Thailand dengan membawa peluru hidup di dalam beg miliknya, lapor portal berita Thaiger semalam.

Sebelum ini, Gal Shmuel Farjun ditangkap pada Oktober lalu di Lapangan Terbang Phuket dengan dua kelopak peluru dimuatkan di dalam beg pakaiannya. Lelaki berusia 29 tahun itu mendakwa telah meninggalkannya di dalam begnya secara tidak sengaja.

Kementerian Luar Israel berharap Farjun akan dihantar pulang dan bukannya dipenjarakan memandangkan dia tidak mempunyai sebarang rekod terlibat dengan jenayah di Israel.

Dia sebelum ini menjalani hukuman tahanan rumah sejak diberkas di lapangan terbang Phuket pada 22 Oktober lalu kerana membawa peluru tersebut di dalam begnya.

Tidak dijelaskan bila hukuman penjara tersebut akan bermula, manakala salah seorang saudara Farjun memberitahu akhbar harian Israel, Yisrael Hayom bahawa keluarganya terkejut dengan keputusan mahkamah.

“Semua orang terkejut. Gal (Farjun) adalah seorang yang baik. Kami cuba untuk tidak memikirkan kemungkinan dia akan duduk di penjara, tetapi ia menjadi sukar,” ujarnya. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI