fbpx
Lozano diselamatkan oleh lima penyelam selepas lemas ketika percubaan memecah rekod dunia. - miguel_apnea/Instagram

Lelaki cuba pecah rekod dunia lemas ketika menyelam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID – Seorang penyelam bebas dari Sepanyol terpaksa diselamatkan selepas pengsan ketika menyelam pada kedalaman 125 meter di bawah paras laut, lapor akhbar Daily Star semalam.

Miguel Lozano, cuba memecahkan rekod dunia untuk kategori selam bebas paling dalam sebelum menemui kegagalan.

Ketika kejadian, dia tiba-tiba tidak sedarkan diri dan mula hanyut jauh ke dalam laut di suatu lokasi di Kepulauan Caribbean.

Lozano dikatakan tidak menggunakan tangki udara dan cuba melakukan percubaan itu dengan menahan nafas.

Rakaman kejadian memaparkan lima penyelam berenang ke arah Lozano untuk menyelamatkannya dengan menolaknya ke permukaan air.

Lebih menyedihkan adalah apabila jarak Lozano hanya tinggal 1.8 meter untuk memecahkan rekod dunia baharu. 

Menerusi video kejadian, badan Lozano ditarik oleh seorang penyelam sambil mulutnya ditutup supaya tidak menelan air. 

Lelaki kedua membantu mengekalkan posisi badan lelaki itu dalam keadaan menegak, manakala penyelam ketiga membantunya menyelam. Dua penyelam lain turut menolaknya ke permukaan air.

“Kami selalunya cuba menyembunyikan kemalangan yang berlaku untuk mengelak memberi imej buruk terhadap aktiviti selam bebas dan mendekatkannya kepada masyarakat.

“Terima kasih kepada pasukan sekolah Roatan Freediving yang mempamerkan persembahan cemerlang dan mental untuk membolehkan saya menghadapi percubaan rekod dunia ini,” kata Lozano selepas kejadian itu. – Agensi

 

POPULAR