fbpx

Beri anak makan coklat, Fazura anggap diri teruk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SELEBRITI Nur Fazura menganggap dirinya ibu yang teruk gara-gara memberi coklat kepada anaknya, Fatima.

PETALING JAYA – Pelakon juga usahawan popular, Nur Fazura menyifatkan dirinya sebagai seorang ibu yang teruk hanya disebabkan memberi anaknya, Nur Fatima Aisya memakan coklat.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, Fazura memberitahu dia terpaksa memberikan coklat kepada Fatimah sebagai ‘umpan’ kerana mahu mengalihkan tumpuan si kecil itu yang menangis selepas disuntik vaksin influenza di sebuah pusat perubatan swasta.

“Selesai mengambil vaksin influenza. Inilah saya sebagai ‘bad parent’ (ibu bapa yang teruk) sebab cuba tenangkan anak dengan coklat,” tulisnya dalam Instagram.

Dalam video yang dikongsikan, kelihatan Fatima yang kini berusia dua tahun menangis sambil memeluk ibunya akibat ketakutan sewaktu mendapatkan suntikan vaksin influenza.

Bagi menenangkan kanak-kanak itu, Fazura telah mengeluarkan coklat dari dalam beg lalu diberikan kepada Fatima.

Tindakan isteri kepada aktor Fattah Amin itu menarik perhatian pengikutnya dalam Instagram apabila berpendapat apa yang dilakukannya adalah wajar dan tidak salah sama sekali.

“Tidak. Jangan sesekali panggil diri awak ‘bad parent’. Awak adalah ibu yang baik untuk Fatima,” kata seorang netizen.

“Bukan ‘bad parent’ pun. Beri sikit buat rasa-rasa. Dulu kecil-kecil pun makan coklat juga,” kata seorang lagi pengikutnya.

“Tak mengapa. Sesekali, bukannya selalu beri coklat,” kata seorang pengguna Instagram.
– KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI