fbpx

Penyerang kacak Korea Selatan dibanjiri peminat, terpaksa matikan telefon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VIDEO memaparkan Gue-Sang duduk di bangku semasa Piala Dunia Qatar 2022 tular di media sosial. - MailOnline

DOHA –  Penyerang Korea Selatan, Cho Gue-sang terpaksa mematikan telefon bimbitnya semasa Piala Dunia Qatar 2022 selepas video memaparkan dia duduk di sebuah bangku tular di media sosial, lapor portal berita MailOnline semalam.

Peminat mengerumumi akaun media sosial Gue-sang kerana mengagumi ketampanan dan bakatnya menjaringkan gol. 

Dia terpaksa mematikan telefon bimbitnya setelah akaun Instagramnya yang dahulunya hanya mempunyai 20,000 pengikut kini mencatat seramai 1.6 juta pengikut.

Pemain bola sepak berusia 24 tahun itu menjaringkan dua gol ketika pasukannya menentang Ghana Isnin lalu.

Gue-sang melakukan tandukan pantas untuk membawa pasukannya kembali menyamakan kedudukan 2-0, sebelum hati peminat Korea Selatan dipatahkan oleh jaringan Muhammed Kudus hanya tujuh minit kemudian.

Ketaksuban peminat sangat hebat sehinggakan klip video yang cuma memaparkan Gue-Sang duduk di bangku mendapat lebih 7.3 tontonan di media sosial.

“Dia perlu berehat. Telefonnya penuh notifikasi sepanjang malam. Ia membuatkan dia terjaga. Dia cuba fokus pada bola sepak dan mesej peminat muncul sepanjang masa,” kata seorang wartawan, Seo Jung-hwan.

Ia menandakan populariti mendadak bagi seorang lelaki yang menyifatkan dirinya tidak penting. Hampir tiada maklumat mengenai kehidupan peribadi Gue-sang didedahkan kepada umum kecuali fakta dia sudah mempunyai teman wanita.

Laman berita Lifestyle Asia melaporkan bahawa Gue-Sang dilahirkan pada 1998. Kedua-dua ibu dan bapanya adalah atlet tetapi nama mereka atau sebarang butiran lanjut tidak didedahkan.

Tanda Pagar #ChoGuesung di TikTok pemacu populariti yang semakin ketara walaupun dalam dunia sukan dan mempunyai 193 juta tontonan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI