fbpx

Penolong Pengarah Jabatan Perhutanan Johor maut kereta rempuh lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kejadian kemalangan Kilometer 33 Jalan Pekan-Nenasi di sini m semalam.

PEKAN – Penolong Pengarah Jabatan Perhutanan Johor maut selepas kereta dipandunya merempuh sebuah lori yang keluar dari simpang tiga di Kilometer 33 Jalan Pekan-Nenasi di sini semalam.

Difahamkan dalam kejadian itu mangsa Mohd Reza Musa,37, tersepit di dalam kereta sebelum kenderaan jenis Perodua MyVi berkenaan terbakar.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Mohd Zaidi Mat Zin berkata, kejadian kira-kira pukul 7.45 petang itu berlaku ketika mangsa yang memandu kereta jenis Perodua MyVi dalam perjalanan dari arah Rompin menghala ke Pekan.

“Siasatan mendapati semasa kejadian pemandu lori yang dalam perjalanan dari Simpang Ladang Yayasan Pahang Sungai Bebar Selatan hendak menghala ke Kilang Kosfarm Rompin Pahang.

“Apabila sampai di tempat kejadian ketika keluar simpang, lori dilanggar pada bahagian tepi sebelah kanan oleh sebuah kereta yang datang dari arah Rompin,”katanya di sini hari ini.

Menurutnya mayat mangsa dihantar ke Hospital Pekan untuk bedah siasat dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Katanya berdasarkan laporan awal lokasi kemalangan adalah jalan lurus dan semasa kejadian cuaca gelap serta permukaan jalan kering.

Ujarnya kemalangan dipercayai berpunca daripada lori yang melintang jalan untuk keluar simpang tanpa memberi laluan kepada kenderaan di jalan utama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI