fbpx

Hawa, Nuha terima ijazah: Ini barulah ‘beauty with brain’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DI SEBALIK cerita gosip panas artis, masih terdapat berita gembira yang perlu diraikan seperti majlis konvokesyen beberapa selebriti tanah air.

Antara selebriti wanita yaHawa, Nuha terima ijazah: Ini barulah beauty with brain!ng menamatkan pengajian ialah Hawa Rizwana Redzuan dan Nuha Bahrin yang masing-masing lulus dengan cemerlang.

Lebih membanggakan, mereka juga bergraduasi sebagai penerima ijazah kelas pertama.

Nuha menerima Ijazah Sarjana Muda Pemasaran, Universiti Multimedia Malaysia (MMU), manakala Hawa pula merupakan penerima Ijazah Sarjana Komunikasi Massa dalam Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) baru-baru ini.

Kejayaan mereka itu menerima pelbagai reaksi positif daripada orang ramai yang rata-ratanya memuji kesungguhan mereka menamatkan pengajian meskipun sibuk dengan dunia seni.

“Artis seperti mereka inilah yang harus kita contohi, sibuk bekerja tetapi masih tetap mengutamakan pelajaran,” komen netizen.

“Ini barulah beauty with brain! Tahniah Hawa dan Nuha, semoga jadi contoh kepada golongan muda,” kata seorang lagi netizen.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI