fbpx

Campak duit di kantin punca pelajar bertumbuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular pergaduhan melibatkan pelajar sekolah di sekitar Kajang.

PETALING JAYA – Empat pelajar lelaki berusia 15 hingga 16 tahun ditahan polis ekoran disyaki terlibat dalam pergaduhan di sekitar Kajang.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, tangkapan itu dibuat selepas menerima laporan daripada seorang pelajar tingkatan 4 kira-kira pukul 5.04 petang semalam.

Menurutnya, pengadu mendakwa dia dan rakannya dipukul oleh sekumpulan pelajar sekolah lebih kurang pukul 12.30 tengah hari.

“Punca kejadian disebabkan rentetan kejadian pada 30 November lalu di mana mangsa berselisih faham dengan suspek yang didakwa mencampakkan duit ketika hendak membeli minuman di kantin.

“Keadaan itu berlarutan sehingga kedua-dua pihak bertumbuk akibat tidak berpuas hati.

“Suspek kemudian telah bertindak meminta bantuan daripada rakan-rakan sekolah lain untuk membalas dendam terhadap mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, semakan mendapati video yang tular adalah kejadian pergaduhan pada 1 dan 2 Disember yang berlaku di dua lokasi berlainan berhampiran sekolah tersebut.

“Pemeriksaan mendapati kedua-dua mangsa mengalami kecederaan ringan di bahagian muka dan badan.

“Bertindak atas maklumat pada pukul 8.50 màlam tadi, kesemua suspek telah ditahan dan akan dimohon reman hari ini.

“Kita juga sedang mengesan beberapa lagi individu yang disyaki terlibat dalam kes ini bagi membantu siasatan,” katanya.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI