fbpx

AMCT tonjol Tasik Kenyir di peringkat antarabangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian 444 peserta AMCT di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu hari ini.

HULU TERENGGANU – Pertandingan Memancing Monsun Asean (AMCT) mampu menonjolkan lagi Tasik Kenyir ke persada dunia.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Kebudayaan dan Teknologi Digital Terengganu, Sulaiman Sulong berkata, pertandingan memancing antarabangsa memberi limpahan ekonomi kepada penduduk setempat.

Beliau berkata, AMCT yang diperkenalkan sejak tahun 2009 berkonsepkan tangkap dan lepas bagi pemuliharaan serta pemeliharaan ekosistem biologi marin di Tasik Kenyir.

“AMCT kali ini disertai 444 peserta tempatan dan luar negara termasuk dari Thailand, Amerika Syarikat dan Singapura selama empat hari sehingga Isnin ini.

“Pertandingan ini dapat meningkatkan imej serta memperkenalkan lagi Tasik Kenyir kepada dunia luar,” katanya ketika selepas melepaskan peserta AMCT di Pulau Poh, Tasik Kenyir di sini hari ini.

Program anjuran Jabatan Pelancongan Terengganu itu turut melibatkan 24 buah rumah bot dan 60 kayak.

Sulaiman berkata, sejak penganjuran AMCT sejak tahun 2015, sebanyak 500,000 anak ikan pelbagai spesis seperti kelah, temoleh dan jelawat telah dilepaskan di dalam Tasik Kenyir.

Tambah beliau, ia termasuk 10,000 anak ikan lampan hasil sumbangan Jabatan Perikanan Terengganu yang dilepaskan pada penganjuran kali ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI