fbpx

Telur di pasaran cepat rosak, stok lama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

GEORGE TOWN – Bekalan telur ayam yang ketika ini didakwa mula banyak di pasaran sebenarnya stok lama yang ‘diperam’ peniaga berikutan tidak mahu bekalan berkenaan terputus secara tiba-tiba.

Namun langkah sebenarnya turut menekan pengguna apabila telur yang dibeli hanya mampu bertahan antara dua hingga tiga hari sahaja.

Seorang pembekal yang mahu dikenali sebagai Ahmad Shah, 39, berkata, pihaknya sehingga ke hari ini masih berdepan masalah kekurangan stok telur ayam bagi kesemua gred A, B, C dan D sejak lebih dua bulan lalu.

Dakwanya, disebabkan kekura­ngan yang serius bekalan keperluan itu diperingkat ladang telah memaksa sebahagian pihak pembekal menghentikan operasi penghantaran buat seketika ­baru-baru ini.

“Setahu saya, telur ayam tidak disorok dan memang berlaku kekurangan sejak lebih dua bulan lalu sehingga ada pihak pembekal menghentikan pengedaran ke­pada peniaga termasuk pengusaha kek peniaga di pasar.

Berita berkaitan: Telur banyak tapi harga melambung cecah RM18 sepapan

“Dakwaan telur ayam kembali banyak di pasaran ketika ini bukannya disebabkan pemben­tukan kerajaan perpaduan mahu­pun pelantikan Perdana Menteri baharu.

“Telur ayam yang banyak dijual di pasaran ketika ini dikatakan stok lama yang hampir rosak dan hanya mampu bertahan untuk digunakan antara dua hingga tiga hari sahaja.

“Jika ada stok baharu, itu memang nasiblah,” katanya kepada Kosmo! di sini.

Berita berkaitan:

Jelasnya, isu kekurangan bekalan telur ayam seme­mangnya turut memberi kesan langsung kepada pembekal barangan utama itu apabila buat pertama kalinya dia terpaksa bercuti daripada menghantar stok kepada pelanggan Sabtu lalu.

“Memang telur ayam sukar diperoleh di sini ketika ini. Di kedai-kedai runcit pun susah me­lainkan telur omega selain jualannya juga terhad kepada 10 biji sehingga satu papan sahaja untuk satu keluarga,” tambahnya.

Semalam, Kosmo! melaporkan bekalan telur ayam dijangka kekal berkurangan dan sukar diperolehi dalam pasaran tempatan sehingga tahun depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI