fbpx

Malakoff Radiance, Lapangan Terbang Senai meterai perjanjian bersama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar Syahrin (kiri) dan Kennedy Ayu (kanan) pada majlis menandatangani perjanjian Pembelian Tenaga Suria hari ini.

PETALING JAYA – Malakoff Radiance Sdn. Bhd. (Malakoff Radiance) dan Senai Airport Terminal Services Sdn. Bhd. (Lapangan Terbang Senai) memeterai perjanjian Pembelian Tenaga Suria (SPPA) untuk pembangunan di Lapangan Terbang Senai, Johor.

Perjanjian itu ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif Malakoff Anwar Syahrin Abdul Ajib dan Ketua Pegawai Eksekutif Lapangan Terbang Senai, Kennedy Ayu hari ini.

Menerusi perjanjian itu, Malakoff Radiance akan memasang kemudahan solar photovoltaic (PV) di Lapangan Terbang Senai untuk tempoh 15 tahun.

Dengan penjanaan kapasiti 0.615 MWp (Megawatt peak) dan jumlah penjanaan elektrik 800 MWj setahun, solar yang dibina dijangka menyumbang ke arah pengurangan karbon sebanyak 555.2 tCO2e setahun, bersamaan penyerapan karbon sebanyak 14,236 pokok.

Mengulas mengenai SPPA, Anwar Syahrin optimis dengan perkongsian itu yang mana bakal mempercepatkan pertumbuhan tenaga boleh diperbaharui.

“Terletak strategik di salah satu zon pembangunan utama negara, Lapangan Terbang Senai merupakan antara yang paling sibuk dan paling pesat berkembang di Malaysia sambil berkhidmat sebagai penerbangan pintu masuk ke wilayah Selatan.

“Dengan trafik yang tinggi dan penggunaan tenaga yang semakin meningkat, pemasangan PV solar akan meningkatkan lagi peralihan Lapangan Terbang Senai kepada tenaga hijau sekali gus menjimatkan penggunaan elektrik dan pelepasan karbon,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Kennedy berkata, selaras dengan Persekitaran Kumpulan, Inisiatif Kelestarian dan Tadbir Urus (ESG), Lapangan Terbang Senai kini menuju ke arah konsep hijau dengan menyepadukan kemampanan ke dalam perancangan lapangan terbangnya.

Menurutnya, perubahan iklim adalah salah satu cabaran terbesar di peringkat global dan industri penerbangan mempunyai peranan penting dalam mengurangkan kesan karbon terhadap alam sekitar.

“Demi keselamatan termasuk pemandangan kawalan trafik udara, perincian analisis telah mengenal pasti dua lokasi iaitu atas bumbung bangunan terminal dan tempat letak kereta terbuka.

“Selain itu, kami berharap inisiatif ini akan memupuk usaha penjimatan tenaga yang lain di kalangan kami pihak berkepentingan pada masa hadapan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI