fbpx

Gengster jaga tapak pelupusan sampah haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

SHAH ALAM – Kebanyakan operator yang menjaga tapak pelupusan sampah haram di Selangor adalah individu yang mempunyai latar belakang jenayah atau terlibat dengan gengsterism.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan dan Pengangkutan Awam negeri, Ng Sze Han berkata, ini merupakan halangan yang telah dikenal pasti dalam membasmi sampah haram di negeri ini.

Katanya, beliau secara peribadi bersetuju mengenai penglibatan semua lapisan masyarakat bagi meningkatkan kesedaran namun perlu menekankan aspek keselamatan.

“Sekiranya libatkan masyarakat itu cadangan baik tetapi operator di tapak sampah haram ada ‘background’ gengsterism.

“Justeru, keselamatan penduduk atau masyarakat harus dijaga dengan baik,” katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Dr. Idris Ahmad (PH-Ijok) sama ada kerajaan negeri ingin melibatkan penduduk setempat termasuk membuat pasukan di setiap kawasan atau memberikan ganjaran kepada mereka bagi melaporkan isu pembuangan sampah haram.

Sze Han turut memaklumkan halangan lain termasuk kewujudan tonto-tonto yang berada di sekitar tapak tersebut memberikan maklumat keberadaan kenderaan jabatan pihak berkuasa.

Ketika mengulas soalan tambahan Halimey Abu Bakar (PH-Seri Setia) mengenai tindakan terhadap lokasi pembuangan sampah haram di atas tanah milik agensi kerajaan persekutuan atau negeri, Sze Han yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kinrara mengakui perkara tersebut terutama tapak-tapak sekolah yang belum dibina bangunannya.

“Kita telah beri surat atau notis kepada mereka dan berharap agensi tersebut mengambil inisiatif proaktif menjaga tanah mereka.

“Sekiranya masih gagal, kami mengharapkan cadangan tanah yang tidak diguna atau dibangunkan itu dipulangkan (semula) kepada kerajaan negeri,” tegasnya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI